Dua Maut Letupan di Utara Myanmar

2018-02-23 13:58:36  CRI
Share with:

 

Sekurang-kurangnya dua maut dan 11 lagi cedera dalam letupan yang menggegarkan bandar Lashio, negeri Shan, utara Myanmar petang semalam.

 

Maklum polis tempatan, sebutir bom meletup di Bank Yoma pada pukul 4.30 petang, turut merosakkan beberapa bangunan berdekatan termasuk cawangan Bank AYA serta kenderaan di bahu jalan.

 

Dua wanita kakitangan Bank Yoma meninggal dunia akibat kecederaan teruk.

 

Siasatan sedang dijalankan. Setakat ini, masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

 

Lashio terletak di negeri Shan yang sedang bergolak berikutan pertempuran antara tentera kerajaan dengan kumpulan etnik yang menuntut autonomi.

 

 

 

系统管理员