5.9 Tan Methaphetamine Dirampas di Indonesia

2018-02-26 11:49:55  CRI
Share with:

Pihak berkuasa Indonesia telah berjaya membongkarkan 342 kes penyeludupan dadah yang membawa kepada rampasan 2.13 tan dadah.

Menurut agensi berita Antara Indonesia, pada sepanjang tahun 2017, sejak awal tahun ini, hampir 60 kes penyeludupan dadah melibatkan 5.9 tan methaphetamine telah dibongkar.

Presiden Joko Widodo melahirkan rasa bimbang atas masalah dadah di negara itu, sambil menyatakan bahawa Indonesia adalah mangsa jenayah penyeludupan dadah.

Dalam satu sidang kabinet pada tahun 2015, beliau telah mengingatkan bahawa Indonesia sedang berdepan masalah dadah yang teruk, memandangkan lebih kurang 50 kes kematian berkaitan dadah dilaporkan setiap hari.

Menurut Suruhanjaya Antidadah Indonesia, bilangan penagih dadah di Indonesia meningkat kepada 5.1 juta orang pada tahun 2015 daripada 3.3 juta pada tahun 2008. Hampir 70% penagih dadah adalah generasi muda.

系统管理员