Moon Jae-in Temu Delegasi DPRK

2018-02-26 13:23:08  CRI
Share with:

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in telah bertemu dengan delegasi peringkat tinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) yang menghadiri majlis penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.

Demikian dimaklumkan oleh Kim Eui-kyeom, jurucakap Chong Wa Dae, istana Presiden Korea Selatan.

Dalam pertemuan itu, delegasi tersebut telah menyampaikan hasrat DPRK untuk berdialog dengan pihak Amerika Syarikat (AS).

Moon Jae-in berkata, seluruh dunia kagum melihat kontinjen bersama yang terdiri daripada atlet kedua-dua negara berjalan masuk ke stadium semasa majlis perasmian. Atas usaha bersama kedua-dua pihak, Sukan Olimpik Pyeongchang dijayakan sebagai satu temasya yang damai.

Hasrat Moon untuk melihat hubungan antara kedua-dua negara bertambah baik disahut dengan harapan serupa daripada pihak DPRK.

Kata beliau, dialog antara DPRK dengan AS harus diadakan secepat mungkin unutk membaiki hubungan dua hala, sekali gus menyelesaikan isu Semenanjung Korea dari asasnya.

系统管理员