Pengangkutan Beijing Dipuji Berciri Kemanusiaan

2018-03-15 13:09:15  CRI
Share with:

 

Wartawan dari media Opinion Leader Myanmar, Aung Thaung Oo berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam Beijing yang dipuji kerana memiliki ciri kemanusiaan.

 

Aung yang berada di Beijing untuk membuat liputan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) untuk kali pertama, mendapati perkhidmatan metro dan bas awam mudah digunakan.

 

Kata beliau, walaupun Beijing sebuah bandar raya besar, namun sistem lalu lintas dan pengangkutannya amat memudahkan.

Meskipun seorang warga asing tanpa sebarang pengalaman di Beijing, beliau dapat menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana tempat.

系统管理员