Konsert Persahabatan Malaysia-China "B&R" di Kuala Lumpur

2018-03-19 13:00:52  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1122553931_15213579086241n

Konsert Simfoni Piano Persahabatan Malaysia-China "Jalur dan Laluan" (B&R) diadakan di Teater Kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada masa 17 Mac lalu.

Konsert kali ini diserikan dengan persembahan menarik yang dipertunjukkan oleh para ahli muzik dari Orkestra Negara China dan Malaysia.

Claudia Yang, pemain piano dari Malaysia bersama-sama dengan Orkestra Negara China menyajikan lagu piano hasilnya yang bertajuk "Mimpi Bilik Merah" dalam konsert tersebut.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan tahniah menyatakan bahawa aktiviti seumpama ini seperti konsert tersebut pasti akan merapatkan ikatan persahabatan dalam kalangan rakyat antara Malaysia dan China susulan pelaksanaan inisiatif B&R yang sedang dipergiat pada masa ini.

图片默认标题_fororder_1122553931_15213579086701n

周乔西