Mekanisme Perlindungan Haiwan Liar Lancang-Mekong Dilancarkan

2018-03-27 13:50:27  CRI
Share with:

Enam negara di lembangan Sungai Lancang-Mekong iaitu China, Laos, Kemboja, Myanmar, Thailand dan Vietnam bersama-sama melancarkan mekanisme perlindungan haiwan liar rentas sempadan dalam persidangan antarabangsa pemuliharaan hutan Asia Pasifik, di Beijing semalam.

Kerja perlindungan haiwan liar di lembangan tersebut berdepan cabaran besar.

Pihak-pihak terlibat akan meningkatkan komunikasi dan perkongsian maklumat, meneroka mod perlindungan bersama rentas sempadan, menjalankan penyelidikan saintifik dan membina koridor ekologi.

Mesyuarakat pertama mekanisme itu akan diadakan pada 28 Mac ini.

张宪