Xi: Pembangunan Tamadun Ekologi Perlu Diperkukuh

2019-03-06 11:07:48  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_CqgNOlx-ijGAIffoAAAAAAAAAAA269_900x623

 

Presiden China, Xi Jinping menekankan pentingnya usaha memperkukuh pembangunan tamadun ekologi serta mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi dan mesra alam, selain meningkatkan perlindungan ekosistem dan mencegah pencemaran agar melindungi pemandangan yang indah di sempadan utara negara ini.


图片默认标题_fororder_CqgNOlx-ijGANQ5AAAAAAAAAAAA426_900x606

Xi yang juga Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, membuat penekanan itu semasa sesi perbincangan delegasi Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, sempena sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) petang semalam.

Beliau turut melahirkan harapan agar Mongolia Dalam dapat melaksanakan strategi Parti dan konsep pembangunan baharu, menggalakkan kemajuan pelbagai sektor, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan ketenteraman masyarakat demi menambah baik kesejahteraan rakyat.

覃淼