Persidangan Dialog Tamadun Asia Dijadualkan Mei

2019-03-19 11:50:07  CRI
Share with:

Persidangan Dialog Tamadun Asia dijadualkan pada bulan Mei di Beijing, serentak dengan Karnival Budaya Asia, Minggu Tamadun Asia dan Pesta Makanan Asia.

Persidangan bertemakan pertukaran dan perkongsian serta komuniti berkongsi nasib, bertujuan menyambung kegemilangan tamadun negara-negara Asia bahkan dunia.

Seorang pegawai Pejabat Penerangan Dewan Negara China menjelaskan, persidangan tersebut juga bagi membina platform saling belajar dan membangun bersama, memperkukuh keyakinan diri dari segi budaya, menyatukan konsensus berkaitan pembangunan dan merangsang daya inovatif Asia. Ini akan sekali gus menyokong pembentukan komuniti berkongsi nasib Asia dan sesama insan.
 

曹捷