China, Perancis Kongsi Banyak Nilai Serupa

2019-03-27 14:41:58  CRI
Share with:

China dan Perancis, dua anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan dua entiti ekonomi yang berpengaruh di pentas dunia, mempunyai asas yang kukuh dan ruang yang luas untuk kerjasama dalam tadbir urus global, lantaran banyak nilai serupa yang dikongsi bersama.

China dan Perancis yang melihat dunia dari perspektif yang begitu mirip, sama menjunjung dan mengamalkan multilateralisme.

Dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres tahun lalu, Presiden China, Xi Jinping menekankan bahawa unilateralisme dan amalan perlindungan yang kian bangkit dewasa ini menjejaskan order antarabangsa dan sistem tadbir urus global.

Dunia kini lebih memerlukan multilateralisme dan PBB yang lebih kuat. Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga percaya bahawa "multilateralisme cara terbaik untuk menghadapi cabaran global". Hanyalah melalui jalan ini dapat keamanan berkekalan dan keselamatan diwujudkan di dunia.

Semasa Macron melawat China buat pertama kalinya pada tahun lepas, Xi'an yang merupakan titik permulaan Jalur dan Laluan menjadi persinggahan pertama. Di situ, beliau mengumumkan penglibatan Perancis dalam inisiatif Jalur dan Laluan, langkah yang membuka pintu kepada situasi menang-menang antara kedua-dua negara.

徐国玮