China Penggerak Utama Pengaliran Modal

2019-04-07 14:21:19  CRI
Share with:

Institut Kewangan Antarabangsa (IIF) dalam laporannya menjangka jumlah modal yang memasuki pasaran baru muncul tahun ini mencatat USD1.26 trilion, lebih tinggi berbanding USD1.14 trilion yang direkodkan tahun lalu.

Laporan tersebut menyebut, modal antarabangsa yang memasuki China tahun ini diunjur mencecah USD575 bilion, manakala ke negara pasaran baru muncul lain kira-kira USD685 bilion.

Dengan ini, China kekal sebagai penggerak utama pengaliran modal ke pasaran baru muncul.

Laporan itu juga meramalkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) China mencatat kira-kira USD70 bilion secara purata bagi tahun ini dan tahun depan.

Pengaliran modal masuk ke bursa saham China tahun ini dan tahun depan pula masing-masing USD105 bilion dan USD111 bilion.

Memandangkan ramalan pasaran bahawa kadar pertukaran renminbi (RMB) akan bertambah stabil, IIF menjangka jumlah pengaliran masuk modal bersih ke China tahun ini dan tahun depan masing-masing USD50 bilion dan USD110 bilion.

张弘