Pembangunan China Tidak Jejaskan Mana-mana Negara

2019-04-18 16:25:49  CRI
Share with:

Mantan presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter pada Isnin lalu mendedahkan bahawa Presiden Donald Trump baru-baru ini berhubung dengan beliau untuk membincangkan isu China. Trump berkata, beliau amat bimbang China akan mendahului AS. Namun Carter menjawab bahawa beliau tidak bimbang akan hal itu dan menganggap AS sebagai "negara yang paling suka berperang dalam sejarah". Manakala, China tidak membazir walau satu sen dalam peperangan. Itulah sebabnya China berjalan di depan AS. 

Adalah normal wujud persaingan antara China dengan AS dan persaingan itu patut persaingan yang positif. Carter beberapa kali menekankan bahawa China amat penting bagi kemakmuran AS. Jika AS tidak berbaik dengan China, kedua-dua negara akan terjejas, terutamanya ekonomi AS.

Pembangunan China adalah untuk kesejahteraan rakyat, tetapi bukan hendak mencabar atau menggantikan sesiap. China berharap membina komuniti berkongsi nasib dengan pelbagai negara dan bersedia bersama-sama AS memikul tanggungjawab sebagai negara besar.
 

徐国玮