China Bersedia Eratkan Hubungan dengan Malaysia

2019-04-20 14:20:53  CRI
Share with:

China bersedia mengeratkan hubungan dengan Malaysia agar membawa kebaikan bersama kepada rakyat kedua-dua negara. Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata demikian dalam sidang media semalam.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Moha­mad ketika kewawancara media China baru-baru ini menyatakan, Malaysia dan China menjalin hubungan hampir 2,000 tahun yang lalu, dan China tidak pernah cuba menakluk Malaysia. Tambah beliau, China telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dunia terutamanya negara membangun.

Lu Kang menyatakan bahawa China menyanjung kenyataan Tun Mahathir tersebut. Tahun ini ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia. Perdana Menteri Mahathir akan datang ke Beijing untuk menyertai Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRI) ke-2 minggu depan. China berharap mengambil kesempatan ini untuk merapatkan hubungan persahabatan tradisional dengan Malaysia, meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, membincangkan kerjasama dalam rangka BRI, memperkasakan hubungan bilateral agar membawa keuntungkan kepada rakyat kedua-dua negara.

曹捷