Ulang Tahun Seabad Gerakan 4 Mei

2019-04-30 11:40:06  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124437827_15565961908671n

Satu perhimpunan agung diadakan di Beijing pagi tadi bagi memperingati ulang tahun seabad Gerakan 4 Mei. 

Presiden Xi Jinping dalam ucapannya menyatakan bahawa Gerakan 4 Mei pada 100 tahun lalu merupakan peristiwa yang mengubah sejarah China. 

Gerakan 4 Mei disifatkan sebagai gerakan revolusi patriotik yang diketuai kumpulan cendekiawan muda, untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap konsesi dan penyerahan pemerintahan Beiyang dalam Persidangan Perdamaian Paris pada 1919. 

Gerakan 4 Mei merupakan batu tanda dalam proses bangsa China memperjuangkan kemerdekaan dan kebangkitan pada zaman moden.

张宪