Xi Balas Surat daripada Sekolah Rendah Laos

2019-05-01 12:16:25  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dalam surat balas kepada para guru dan murid Sekolah Rendah Nongping di Laos, menggalakkan mereka menjadi pewaris persahabatan kedua-dua negara.

Xi berkata, surat mereka membayangkan betapa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) telah membawa perubahan positif kepada sekolah, kampung halaman, pembelajaran dan kehidupan di Laos. 

Adalah menjadi hasrat beliau ketika menyarankan BRI, untuk merealisasikan pembangunan bersama semua negara peserta demi kesejahteraan rakyat. Kerjasama lebih rapat dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan hidup rakyat, termasuk di bawah rangka BRI, dianggap komponen penting dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib.

Beliau berharap murid-murid tekun belajar serta membangunkan diri sebagai tonggak negara dan pewaris persahabatan. Mereka juga dialu-alukan berkunjung ke Beijing dengan menaiki kereta api China-Laos.

Menjelang Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) kedua yang baru melabuhkan tirai di Beijing, guru dan murid Sekolah Rendah Nongping mengirim surat kepada Presiden Xi untuk mengucapkan setulus ikhlas terima kasih atas pembinaan sekolah mereka, serta hasrat untuk terlibat dalam BRI.

Kata mereka, BRI menjadi penghubung bagi impian China dan impian Laos. 

Sekolah Rendah Nongping dibina pada 2012 atas nama persahabatan China-Laos. Sejak itu, China menghantar guru untuk mengajar secara sukarela, berserta sokongan dari segi bahan pembelajaran. Sekolah tersebut berkesempatan menghantar delegasi ke Forum Interaksi Rakyat sempena BRF.

曹捷