Ucapan Xi Bakar Semangat Pelajar di Seberang Laut

2019-05-02 12:01:35  CRI
Share with:

Ucaptama Presiden China, Xi Jinping pada perhimpunan memperingati ulang tahun ke-100 Gerakan 4 Mei yang diadakan pada 30 April lalu, telah membakar semangat para pelajar China di seberang laut, yang masing-masing menyatakan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sendiri dan menyumbang kepada kebangkitan nusa dan bangsa China.

Pengerusi Persatuan Pelajar dan Sarjana China di Malaysia, Zhang Runxuan berkata pengembangan mereka adalah berkat sokongan tanah air, maka wajarlah usaha disumbangkan demi pembangunan tanah air. 

Setiap belia China perlu menjadikan kebangkitan nusa dan bangsa sebagai tanggungjawab sendiri selaku pejuang, perintis dan penyumbang pada era baharu ini.

Sun Liyuan, penuntut lepasan ijazah di Universiti Long Island Amerika Syarikat pula menyifatkan ibu pertiwi sebagai sokongan dan pergantungan paling besar buat pelajar di seberang laut. Kesetianegaraan teras semangat Gerakan 4 Mei, yang juga teras semangat seluruh bangsa. 

Belia China pada era baharu ini hendaklah membaktikan masa dan titik peluh untuk mencipta keajaiban baharu.

曹捷