Xi: Tamadun Asia Berkembang Melalui Interaksi dan Saling Belajar

2019-05-15 12:42:51  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa Asia perlu meningkatkan keyakinan diri terhadap tamadun Asia, mengekalkan interaksi dan saling belajar dengan tamadun lain di dunia serta berusaha mengembangkan kegemilangan tamadun Asia.

Katanya, sepanjang proses pembangunan selama ribuan tahun, masyarakat Asia berjaya menghasilkan pelbagai tamadun yang gilang-gemilang dan saling melengkapi, secara tidak langsung mencipta sejarah pembangunan tamadun Asia. 

Ketika ini, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), koridor Ekonomi Kunming-Lào Cai-Hanoi-Thành phố Hải Phòng-Tỉnh Quảng Ninh, Koridor Ekonomi Nanning-Lạng Sơn-Hanoi-Thành phố Hải Phòng-Tỉnh Quảng Ninh dan Lingkaran Ekonomi Teluk Beibu serta Persatuan Ekonomi Eurasia telah membantu memperluas laluan interaksi dan saling belajar antara tamadun.

Tamadun Asia berkembang melalui interaksi dan saling belajar di rantau ini bersama-sama tamadun lain di dunia, sekali gus menyediakan pilihan tamadun yang pelbagai kepada tamadun dunia.  

张弘