Xi: Kekuatan Tamadun Bantu Mendepani Cabaran Global

2019-05-15 12:39:12  CRI
Share with:

Persidangan Dialog Tamadun Asia (CDAC) membuka tirainya di Beijing hari ini.

Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya berkata, manusia memerlukan kekuatan teknologi dan ekonomi serta tamadun dan kebudayaan ketika menghadapi cabaran global.

Kata beliau, pembangunan pelbagai polarisasi dunia, globalisasi ekonomi, kepelbagaian budaya, informatisasi sosial menjadi pemangkin kepada manusia.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu ketidakstabilan masyarakat antarabangsa dan cabaran global ketika ini juga semakin ketara.   

Xi berpendapat bahawa CDAC ini menjadi satu platform baharu kepada pelbagai negara untuk mendorong dialog yang sama, interaksi dan saling belajar.

张弘