Sedia Ganding Bahu Tangani Cabaran Alam Sekitar

2019-06-04 15:49:24  CRI
Share with:
China bersedia berganding bahu dengan semua negara bagi menangani cabaran alam sekitar sejagat.

Demikian dinyatakan Menteri Ekologi dan Alam Sekitar, Li Ganjie dalam sidang tahunan Majlis Kerjasama Antarabangsa Alam Sekitar dan Pembangunan China (CCICED) yang sedang berlangsung di Hangzhou. 

Kata beliau, China aktif menyertai tadbir urus alam sekitar global dalam tempoh setahun lalu. Semasa Persidangan Perubahan Iklim PBB di Katowice, China memainkan peranan membina untuk mendorong pencapaian hasil yang menyeluruh dan seimbang. 

Selain itu, Persekutuan Antarabangsa Pembangunan Hijau Jalur dan Laluan serta wadah perkhidmatan data besar perlindungan ekologi dan alam sekitar yang dilancarkan sempena Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF), bakal menjana pembangunan bersama Jalur dan Laluan hijau dan menyumbang kepada Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB.
张哲