China Alu-alukan Pelabur Asing

2019-06-06 15:28:44  CRI
Share with:
China tidak berganjak dari tekad untuk memperluas keterbukaan, dan mengalu-alukan kedatangan pelabur asing untuk menanam modal atau meluaskan perniagaan di negara ini.

China juga komited terus menambah baik suasana pelaburan serta meperhebat perlindungan hak dan kepentingan pelabur asing.

Demikian dinyatakan naib ketua Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Ning Jizhe dalam satu seminar dengan perwakilan syarikat modal asing di Shanghai baru-baru ini.

Ning berkata, pergeseran perdagangan yang dicetuskan Amerika Syarikat (AS) secara sepihak telah membawa impak kepada ekonomi dan rantai industri sejagat. Selaku komponen penting rantai industri global, China akan memantapkan dan menaiktarafkan rantai berkenaan.

Untuk itu, kerajaan China akan sentiasa menumpukan keperluan perusahaan, menyempurnakan dasar dan perkhidmatan pentadbiran, membantu syarikat menangani masalah yang timbul dalam pengeluaran dan operasi, meneroka ruang pembangunan baharu dan menjana momentum baharu.
高蕾