Seni Kehidupan Harian: 12 Muqam Etnik Uygur Xinjiang

2019-06-13 10:10:23  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_图1

“Dutar ibarat jantung saya”, kata Aihemaiti Niyazi, penduduk kampung Yongkutuanjiecun, Pekan Qiman, Kaunti Kuche, Daerah Akesu, Wilayah Autonomi Xinjiang.

Berumur 52 tahun, beliau merupakan pencinta Dutar, iaitu sejenis alat muzik tradisional etnik Uygur yang mempunyai dua senar selama lebih 30 tahun.

Muqam atau lagu merupakan khazanah seni etnik Uygur dalam bidang muzik yang merangkumi unsur seperti nyanyian, tarian, irama muzik dan permainan pelbagai alat muzik.

Biasanya Muqam terdiri daripada tiga segmen utama, iaitu “maghma, dastan dan mashrap” yang masing-masing merujuk kepada irama muzik, sajak, tarian dan nyanyian kalangan rakyat.

Terdapat banyak jenis alat muzik etnik Uygur yang digunakan untuk mempersembahkan 12 Muqam dan Dutar adalah salah satu daripadanya.

Beliau yang mempelajari 12 Muqam selama 10 tahun turut menghadapi cabaran besar kerana iramanya sungguh rumit dan tidak berputus asa kerana menyedari betapa tingginya nilai warisan budaya etnik Uygur tersebut.

图片默认标题_fororder_图3

图片默认标题_fororder_图4

Dengan sokongan pihak kerajaan tempatan, iaitu pekan Qiman Kaunti Kuche, wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, Bengkel Latihan Seni 12 Muqam telah dimulakan di Sekolah Menengah Qiman pada 2016. 

图片默认标题_fororder_图7

图片默认标题_fororder_图6

Bengkel tersebut diikuti oleh ramai pemuda tempatan yang berasa begitu bertanggungjawab untuk melindungi dan mewarisi warisan budaya bukan benda etnik Uygur yang berharga ini.

张宪