"Saluran Jakarta" Semakin Penting

2019-06-18 17:04:13  CRI
Share with:

Saluran Jakarta dan semangat multilateralisme dalam platform kerjasama Asia Timur menjadi fokus rencana Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian yang disiarkan akhbar Kompas dan Jakarta Post Indonesia akhir-akhir ini.

Rencana bertajuk "Saluran Jakarta: Mempertahankan Multilateralisme" itu menyangkal hegemoni berbentuk unilateralisme dan faham perlindungan yang diamalkan Amerika Syarikat (AS), dengan penekanan bahawa Saluran Jakarta membolehkan semua pihak bersama-sama menghadapi cabaran dan mempertahankan multilateralisme.

Saluran Jakarta pada umumnya merujuk kepada platform kerjasama multilateral di Asia Timur, dengan Jakarta iaitu pusat Sekretariat ASEAN sebagai fulkrumnya. 

Rencana berkenaan menyebut, pola antarabangsa dan serantau telah berubah ketara, ketidakpastian dan ketidakstabilan makin bertambah, sementara unilateralisme, amalan perlindungan dan politik kuasa kian bangkit.

Dalam konteks ini, Saluran Jakarta yang menganjurkan multilateralisme bercirikan Asia Timur semakin penting.

徐国玮