Syarikat China Tumpukan Pasaran Asia Tenggara

2019-06-19 14:43:10  CRI
Share with:

Syarikat sains dan teknologi kewangan China sedang melebarkan sayap ke seberang laut, khususnya menumpukan Asia Tenggara yang pasarannya berada pada fasa pertumbuhan yang stabil.

Menurut satu laporan penyelidikan oleh Google dan Temasek, ekonomi Internet di negara-negara Asia Tenggara dijangka akan melebihi USD240 bilion (RM1 trilion) menjelang 2025.

Seiring dengan pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), semakin banyak syarikat China melihat Asia Tenggara sebagai pilihan pertama di luar pasaran domestik.

Bagi negara-negara di Asia Tenggara, kehadiran syarikat China bukan sahaja membantu meningkatkan kemampuan sains dan teknologi kewangan, malah taraf perkhidmatan kewangan negara-negara terlibat.

Hasil analisis menunjukkan, antara negara-negara di Asia Tenggara, Singapura terdepan dalam semua sektor, manakala Indonesia dan Fipilina selaku pasaran sains dan teknologi kewangan baru muncul, berpotensi besar kerana jumlah penduduk yang ramai dan kadar penembusan Internet yang tinggi.

覃淼