Hari Terbuka Kedutaan Serikan Aidilfitri

2019-06-19 14:10:13  CRI
Share with:

Kedutaan Besar China di Malaysia semalam mengadakan hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri, menarik kedatangan lebih 500 tetamu untuk bersama-sama merayakan hari kebesaran itu.

Duta Besar, Bai Tian menyatakan, ini kali pertama kedutaan China mengadakan hari terbuka. Aktiviti ini untuk menunjukkan penghormatan kepada budaya Islam, serta menyatakan tahniah kepada sahabat-sahabat muslim di seluruh dunia yang menjunjung kedamaian, kesejahteraan, keadilan dan kesamarataan.

Beliau berkata, terdapat 23 juta orang Islam di China, yang bersama-sama berpuasa pada bulan Ramadan dan meraikan Aidilfitri dengan muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

图片默认标题_fororder_baitian2

图片默认标题_fororder_baitian1

 

胡星