Sesi Interaksi Radio dan TV China di Singapura

2019-06-19 14:44:05  CRI
Share with:

Sesi Interaksi Industri Radio dan Televisyen Antarabangsa China diadakan di Singapura semalam, sempena berlangsungnya Pameran Peralatan Radio dan Televisyen Asia.

Acara interaktif tersebut dianjurkan buat julung kalinya oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China bersama Jabatan Pentadbiran Radio dan Televisyen Negara.

Para peserta melahirkan keyakinan mereka terhadap masa depan industri berkenaan di Asia, selain mengiktiraf sumbangan produk dan teknologi China kepada industri berkenaan sedunia.

Pameran Peralatan Radio dan Televisyen Asia bertemakan "merebut masa depan", memfokuskan penggunaan teknologi baharu dalam industri radio dan televisyen.

覃淼