Huawei Pembekal Utama 5G Komersial Filipina

2019-06-21 14:02:05  CRI
Share with:

Globe Telecom Filipina melancarkan perkhidmatan telekomunikasi 5G komersial pertama di negara itu semalam, dengan Huawei sebagai pembekal utama.

Ini menjadikan Filipina negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan jaringan 5G.

Difahamkan, jaringan tersebut akan dipopularkan kepada pengguna jalur lebar di rumah dan pejabat terlebih dahulu.

Dua operator terbesar, Globe Telecom dan PLDT telah menggunakan teknologi Huawei pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Kedua-dua syarikat itu telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Huawei untuk menggunakan kelengkapannya dalam pembangunan infrastruktur 5G di Filipina.

胡星