HK Promosi Pembangunan Teluk Besar di Manila

2019-07-01 13:46:06  CRI
Share with:

Forum mengenai pembangunan Kawasan Teluk Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Makao diadakan di Manila semalam, anjuran Dewan Perniagaan Hong Kong di Filipina.

Forum memfokuskan peluang yang dibawa pembangunan GBA kepada usahawan Cina.

Turut hadir untuk tujuan promosi dan menggalakkan usaha sama, Ketua Jabatan Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong di Jakarta, Luo Jianwei; ketua wakil Biro Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) di Asia Tenggara dan Selatan, Huang Tianwei; Pengarah Penyelidikan HKTDC, Guan Jiaming. 

Luo Jianwei berkata, Dewan Negara China telah menyusun peta garis bagi GBA, sebagai sebahagian pelan pembangunan negara. Hong Kong memainkan peranan penting dalam usaha tersebut. 

Presiden Persekutuan Perniagaan Cina Filipina, Lin Yuqing pula berkata, pihaknya yakin GBA Guangdong-Hong Kong-Makao akan setanding dengan Kawasan Teluk New York dan San Francisco di Amerika Syarikat (AS) serta Kawasan Teluk Tokyo di Jepun.

张宪