Kilang Roti Nang yang Dibina di Kuche atas Bantuan Ningbo

2019-07-01 13:14:39  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_W020190423345325243656

图片默认标题_fororder_W020190423345326022004

Roti Nang, elemen penting dalam kebudayaan makanan kaum Uygur, merupakan sejenis makanan yang paling biasa di Wilayah Autonomi Xinjiang dan juga sangat popular di kalangan penduduk etnik lain. Dapur panggang roti Nang boleh ditemui di sebarang tempat seluruh Xinjiang. Terdapat sebuah kilang menghasilkan roti Nang di satu bazar baharu di kampung Yongkutuanjie, kaunti Kuche, daerah Akesu, Xinjiang, hasil pelaksanaan dasar “seratus kampung, seribu kilang”  anjuran kerajaan bandar Ningbo pada tahun 2018 bagi membantu orang tempatan yang miskin mendapat kerja di tempat yang berdekatan. 

图片默认标题_fororder_W020190423345328053593

图片默认标题_fororder_W020190423345333051585

Ketua Pengurus kilang tersebut, Zhou Shaojun berkata, kini seramai 20 orang etnik Uygur dari kampung Yongkutuanjie termasuk sebahagian yang dari keluarga miskin, bekerja di sini. kehidupan mereka turut dibaiki dengan ketara berkat adanya kerja yang membuat roti Nang dalam kilang itu. Menurut beliau, para pekerja dalam kilang tersebut amat rajin dan kelihatan menghargai peluang kerja ini. Kini terdapat tiga dapur panggan roti Nang yang mampu menghasilkan kira-kira 600 keping roti Nang untuk setiap hari. Roti Nang hasilan kilang ini kebanyakannya dibekalkan kepada beberapa tadika, sekolah rendah dan menengah di kampung tersebut serta di kawasan sekitarnya. Yang baki biasanya dijual secara borong atau runcit kepada individu. 

图片默认标题_fororder_W020190423345330246614

图片默认标题_fororder_W020190423345332127876

Berbanding dengan dapur panggang roti Nang buatan batu arang yang biasanya terdapat di rumah penduduk tempatan, dapur buatan besi milik kilang tersebut lebih bersih dan berefisien tinggi. Sekeping roti Nang boleh dihasilkan dalam masa 3 hingga 5 minit. Zhou Shaojun berkata, pihaknya merancang membina dua hingga tiga lagi dapur serta mengupah lagi pekerja baharu pada masa depan. Sementara itu, beliau akan memulakan penjualan e-niaga dan mempromosikan roti Nang mereka dalam ekspo dan pesta makanan di dalam dan luar negara sehingga mengharumkan jenama “Roti Nang Kuche” sebagai makanan sedap buatan Xinjiang yang terkenal.

张宪