Rumah Baharu Pakcik Maimaiti di Kampung Yongkutuanjie, Xinjiang

2019-07-01 13:09:28  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_6a63f6246b600c33057cf25d1d9cf60bd8f9a176

图片默认标题_fororder_cefc1e178a82b90127111d57775d0e733812ef6f

Sebuah taman perumahan baharu telah dibina di kampung Yongkutuanjie, 40 km dari kaunti Kuche, daerah Akesu, Wilayah Autonomi Xinjiang yang berpenduduk Uygur. Pakcik Maimaiti dari kaum Uygur mendapat sebuah unit dalam taman perumahan tersebut. Dekorasi terhadap rumahnya kelihatan sedang dijalankan.

图片默认标题_fororder_960a304e251f95ca0e9b8ad9ccc7d83a66095243

Kampung Yongkutuanjie yang nama aslinya kampung 'Momatiereke', didiami oleh masyarakat yang berbilang kaum termasuk kaum Uygur, Han, Hui, Kazak dan Zhuang dengan jumlah penduduknya seramai 1,928 orang. Penduduk etnik Uygur menduduki kira-kira 68% daripadanya.

Penduduk yang berlainan etniknya hidup secara harmoni di kampung tersebut, terbukti dengan tingkah laku menghormati adat resam dan kepercayaan masing-masing dan saling membantu. Demi meneruskan tradisi bersatu padu antara pelbagai kaum, kampung tersebut diberi nama baharu 'Yongkutuanjie' yang membawa erti "kampung perpaduan bandar Ningbo-kaunti Kuche”.

Projek pembinaan taman perumahan baharu bagi penduduk kampung tersebut merupakan salah satu acara utama dalam projek bantuan di Xinjiang yang dilaksanakan kerajaan bandar Ningbo, provinsi Zhejiang.

Dalam taman perumahan tersebut, 56 buah unit baharu yang berjenis 8 dibina berdasarkan kombinasi seni bina etnik Uygur dan Han di Kuche. Struktur halaman luar pula dibini mengikuti kelaziman kehidupan kaum tani tempatan. Misalnya, kawasan tanaman dan penternakan diasingkan dalam halaman ekoran penduduk Uygur biasanya menternak lembu, kambing dan unggas, sedangkan penduduk Han suka menanam sedikit sebanyak di halaman rumah sendiri.

图片默认标题_fororder_f31fbe096b63f624f23e0e7682944cfc1b4ca3bc

Selain itu, penduduk kampung Yongkutuanjie telah merancang akan menguruskan “homestay”sebagai satu lagi saluran meningkatkan pendapatan.

张宪