Lorong Hijau Kastam China-Vietnam Operasi

2019-07-03 13:35:02  CRI
Share with:

Lorong hijau pelepasan kastam ekspres bagi hasil tani mula beroperasi secara rasmi di pintu sempadan antara Hekou di China dan Lao Cai di Vietnam.

Ini akan meningkatkan keefisienan pelepasan barangan segar, sekali gus menggalakkan kedua-dua pihak meneroka pasaran antarabangsa serta merangsang pembangunan ekonomi dan perdagangan dua hala. 

Hekou merupakan pintu sempadan paling besar di provinsi Yunnan antara China dengan Vietnam, juga jendela penting bagi China, Vietnam dan negara-negara Asia Tenggara lain menjalankan pertukaran ekonomi dan budaya. 

Data kastam Kunming menunjukkan pada lima bulan pertama tahun ini, sebanyak 897 ribu tan produk pertanian keluar masuk melalui pintu Hekou, meningkat 50.5% berbanding tempoh sama tahun lalu.

曹捷