BRI Pacu Pembangunan Thailand

2019-07-04 13:23:26  CRI
Share with:

Thailand telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan digital, elektronik, kewangan serta sains dan teknologi susulan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). 

Konsul Jeneral Thailand ke Shanghai, Sasirit Tangulrat semalam menyatakan harapan agar Thailand dapat mempercepat kemasukan dalam pasaran Asia termasuk China, sambil merangsang pelaburan dalam industri automobil, mesin dan robot, melalui strategi Koridor Ekonomi Timur (EEC).

Ketika menghadiri satu seminar mengenai syarikat China di pasaran Asia Pasifik, Sasirit berkata beliau mahu melihat semua negara berganding tangan menentang amalan perlindungan dan unilateralisme, dengan kerjasama saling untung yang lebih luas.

Berhubung pembangunan mampan ASEAN, Thailand berhasrat membangunkan blok itu sebagai entiti ekonomi keempat terbesar menjelang 2030.

Beliau turut menyeru agar BRI dimanfaatkan bersama untuk menggalakkan pembentukan sebuah perkongsian sejagat.

曹捷