Sedia Sama-sama Rapatkan Kerjasama

2019-07-04 13:21:24  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_48793c97-ca19-4bdb-a03a-599dc4befefa

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_b8d1bf68-585d-43e7-a043-34f87a8ff0d1

Kedutaan Besar China di Myanmar mengadakan jamuan keraian di Naypyidaw malam semalam, mengundang kehadiran lebih 300 tetamu dari kalangan pegawai kerajaan, parlimen, kehakiman dan tentera.

Duta Besar baharu, Chen Hai dalam ucapannya menyatakan kesediaan China untuk bersama-sama Myanmar memperkukuh interaksi peringkat tinggi serta kerjasama dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pelancongan dan pembinaan infrastruktur di bawah rangka 'Inisiatif Jalur dan Laluan' (BRI) dan 'Koridor Ekonomi China-Myanmar'.

Beliau berkata, China berasa besar hati melihat pencapaian Myanmar dalam pembangunan sosioekonomi. Selaku jiran yang bagaikan bersaudara, China teguh menyokong Myanmar menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri. 

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_a1369c6c-a318-4a5c-8de4-b94a90eb4def

Menteri Kerjasama Antarabangsa Myanmar, Kyaw Tint pula  berkata, Myanmar dan China jiran baik yang berkongsi garis sempadan yang panjang. Dengan usaha bersama, sinergi kedua-dua pihak kini telah dilonjakkan kepada perkongsian strategik komprehensif.

张宪