Masa Depan China-Malaysia Perlukan Usaha Generasi Akan Datang

2019-07-07 15:58:28  CRI
Share with:

Tahun ini ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik China-Malaysia. Pada titik permulaan baharu dalam sejarah hubungan kedua-dua negara, pembinaan Inisiatif 'Jalur dan Laluan' (BRI) telah dijadikan peluang untuk membina masa depan yang lebih cerah bagi China dan Malaysia. 

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_93f2dd2c-e21a-4de5-8eff-662ccd8da935

Pengerusi Jabatan Pelaburan Malaysia yang juga Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Abdul Majid bin Ahmad Khan ketika diwawancara wartawan CRI menyatakan bahawa perkembangan berterusan dan peningkatan berterusan rasa saling mempercayai antara peringkat tinggi telah membawa pencapaian positif terhadap hubungan kedua-dua negara. Jumlah perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua pihak kian meningkat, manakala pertukaran pegawai pelbagai bidang turut dijalankan secara aktif. 

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahatir Mohamad dalam pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping pada April lalu menyatakan bahawa BRI berpotensi besar kerana bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah infrastruktur dan pengangkutan lalu lintas yang mengganggu pembangunan pelbagai negara, malah boleh menangani masalah ketidakseimbangan pembangunan antara pelbagai negara yang berlainan. Selain itu, BRI yang mendorong dialog dan interaksi antara tamadun boleh membantu menghapuskan punca peperangan, fahaman pelampau dan keganasan yang dihadapi manusia. 

Abdul Majid yang pernah menyandang jawatan Duta Besar Malaysia ke China pada 1998 hingga 2005 pula berpendapat bahawa Malaysia dan China perlu meningkatkan usaha dalam memperkembangkan hubungan bilateral, dan memastikan hubungan ini berkembang secara stabil dalam apa jua perubahan. Sementara itu, beliau berasa hubungan persahabatan ini perlu diwarisi generasi akan datang. Ini juga sejak sekian lama diperjuangkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-China.

张宪