Lanzhou, Hab Logistik Perdagangan Antarabangsa

2019-07-08 14:56:04  CRI
Share with:

Forum mengenai pembinaan laluan perdagangan antarabangsa darat dan laut baharu, serta pusat logistik teras bagi negara-negara Jalur dan Laluan diadakan di Lanzhou pada 5 Julai.

Forum disertai wakil dan sarjana dari negara-negara terlibat serta sembilan provinsi China.

Lanzhou di provinsi Gansu, titik penting dalam Jalan Sutera sejak zaman purba. Sekarang, kota itu menjadi hab kereta api yang menghubungkan China dengan Asia Tengah, Asia Selatan dan Eropah. 

Pada masa ini, sebanyak 38 laluan kargo dioperasikan melalui koridor darat dan laut baharu, membolehkan produk pertanian dan perindustrian dari provinsi Gansu dibawa ke pasaran Asia Tenggara. Pengangkutan yang dulunya memakan masa 15 hari untuk sampai ke Singapura dari Lanzhou, kini hanya memerlukan 8 hari.

Lanzhou yang berkelebihan dari segi geografi, membolehkan perdagangan dengan Asia Tenggara dijalankan dengan masa yang lebih pendek dan kos yang lebih rendah.

徐国玮