Syarikat China Optimistik Prospek Brunei

2019-07-08 14:58:37  CRI
Share with:

Syarikat China berasa optimistik terhadap strategi diversifikasi ekonomi Brunei dan akan terus mengembangkan usaha niaga mereka di negara itu.

Output minyak dan gas asli Brunei menduduki lebih separuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan jumlah eksport minyak dan gas asli mewakili lebih 90% keseluruhan pengeksportan negara itu.

Pengerusi Persatuan Syarikat China di Brunei yang juga presiden cawangan Bank China, Wang Xiaolin berkata, ekonomi Brunei semakin mantap berkat pelaksanaan strategi diversifikasi ekonomi dan komitmen kerajaan untuk menarik pelaburan asing.
 
Semakin banyak syarikat China mula berurus niaga di Brunei sejak beberapa tahun ini, sekali gus memperlihatkan rasa optimistik mereka terhadap prospek ekonomi negara itu.

Pegawai syarikat Huawei di Brunei, Zhang Jianwei berkata, pihaknya telah membina jaringan telekomunikasi 3G dan 4G pertama di Brunei. Huawei mahu bersama-sama operator tempatan menambah baik mutu Internet serta membangunkan jaringan 5G dan bandar pintar demi manfaat rakyat.

徐国玮