Lebih 3.06 Juta Pelancong Lalu Pintu Hekou

2019-07-11 14:19:14  CRI
Share with:

Lebih 3.06 juta orang melalui pintu keluar masuk sempadan China dan Vietnam di Hekou, provinsi Yunnan dalam setengah pertama tahun ini.

Angka itu meningkat 12% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jumlah warga asing yang melalui pintu keluar masuk Hekou mencatat 2.46 juta manakala jumlah pelancong sebanyak 120 ribu, masing-masing naik 14% dan 16%.

Jumlah orang keluar masuk melalui Hekou sepanjang tahun ini dijangka mencatat rekod baharu pada anggaran 6 juta.

Pintu keluar masuk Hekou yang terletak di bandar Honghe, merupakan jendela penting bagi pertukaran ekonomi dan sosiobudaya antara China dengan Vietnam serta negara-negara lain di Asia Tenggara.

胡星