Indonesia, Negara Tema CAEXPO 2019

2019-07-12 14:09:01  CRI
Share with:

Satu taklimat media khas mengenai Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-16 diadakan di Jakarta semalam.

Indonesia yang dipilih sebagai negara tetamu CAEXPO untuk kali kedua, akan menghantar delegasi yang diketuai pemimpin.

Lebih banyak produk inovatif akan dipertontonkan pada ekspo kali ini, yang akan membantu Indonesia memperkenalkan penggunaan teknologi canggih dan memacu pembangunan ekonomi negara.

Pengarah kerjasama pembangunan eksport Kementerian Perdagangan Indonesia, Marolop Nainggolan memaklumkan, berbagai-bagai aktiviti sedang dalam perancangan termasuk forum dan dialog peringkat tinggi, untuk menggalakkan kerjasama pelaburan dan perdagangan.

CAEXPO ke-16 akan diadakan di Nanning, wilayah Guangxi pada 20 hingga 23 September.

胡星