"Dua Negara, Dua Taman Industri" Galakkan Kerjasama

2019-07-12 14:08:05  CRI
Share with:

Taman industri yang dibina di Qinzhou dan Kuantan melalui usaha sama China dan Malaysia, telah melahirkan satu mod baharu bagi kerjasama perindustrian di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Konsep "dua negara, dua taman industri" itu juga menjadi projek ikon bagi kerjasama pelaburan antara kedua-dua pihak, malah bagi sinergi China dan ASEAN.

Pada masa ini, Taman Industri Qinzhou (CMQIP) telah membentuk kluster perindustrian melibatkan minyak sawit, sarang walet, makanan halal, bioperubatan, elektronik dan tenaga baharu. Taman Industri Kuantan (MCKIP) pula mengkhukuskan industri keluli, roda, kaca dan aluminium. 

Perancangan rasmi juga menyasarkan kerjasama lebih kukuh dalam bidang teknologi maklumat, automobil dan bahan baharu pada masa akan datang.

胡星