Xi Jinping Bertemu dengan Nguyen Thi Kim Ngan

2019-07-13 15:13:59  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping bertemu dengan Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Vietnam, Nguyen Thi Kim Ngan di Beijiing semalam.

Xi Jinping menyatakan, China dan Vietnam bukan sahaja rakan dan saudara, tetapi juga komuniti berkongsi nasib. Tahun 2020 ialah ulang tahun ke-70 jalinan hubungan diplomatik China-Vietnam, kedua-dua negara harus mengembangkan persahabatan tradisional, meningkatkan kerjasama, agar melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke satu tahap yang lebih tinggi.

Dalam pertemuan itu, Xi memberi penilaian tinggi terhadap kerjasama antara Kongres Rakyat Kebangsaan China dengan Perhimpunan Kebangsaan Vietnam. Katanya, kerjasama jabatan legislatif, sebagai komponen penting dalam hubungan dua hala, mempunyai erti signifikan bagi kedua-dua negara meningkatkan aktiviti yang saling mempelajari dan menggalakkan pembangunan negara. Beliau melahirkan harapan agar kedua-dua pihak meningkatkan lagi komunikasi dan kerjasama, menggalakkan persefahaman dalam kalangan rakyat supaya memperkukuh asas persahabatan rakyat China-Vietnam.

Nguyen Thi Kim Ngan berkata, tujuan lawatan beliau kali ini adalah untuk melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua pada tahun-tahun kebelakangan ini. Parti, kerajaan dan rakyat Vietnam sentiasa mementingkan persahatan tradisional yang dipupuk oleh pemimpin generasi lama. Vietnam bersedia berusaha bersama-sama China, saling menyokong dalam jalan pembangunan sosiolisme, mengembangkan persahabatan tradsional, meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan dan memperkasakan perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam.

胡星