Syarikat Tenusu China Teroka Pasaran ASEAN

2019-07-15 14:54:15  CRI
Share with:
Produk tenusu jenama YoyiC mendapat sambutan baik dalam pameran bertemakan Ekspo China-ASEAN di Jakarta baru-baru ini.

Jenama milik Mengniu itu tidak asing lagi bagi pengguna di Indonesia, walaupun baru diperkenalkan cawangan syarikat tersebut tahun lepas. 

Kilang YoyiC di Indonesia yang dibina dengan pelaburan USD50 juta (RM205 juta) merupakan kilang kedua Mengniu di seberang laut dan yang pertama di Asia Tenggara. Pembinaannya siap dalam masa 172 hari sahaja. 

Pengurus besar pasaran seberang laut Mengniu, Wen Fengliang berkata kilang di Indonesia yang dilengkapi teknologi paling maju, antara projek di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Keluarannya memenuhi cita rasa tempatan. Percubaan selama sepuluh tahun untuk membina sistem pemasaran di ASEAN membolehkan pengeluaran dan penjualan disetempatkan di Indonesia.

 

张哲