Laporan "The Straits Times" Tidak Berasas

2019-07-20 14:33:40  CRI
Share with:
Laporan akhbar "The Straits Times" yang mendakwa China mempergunakan cara-cara tertentu untuk memperkukuh pengaruhnya di Singapura adalah tidak berasas sama sekali.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kedutaaan Besar China di Singapura semalam.
 
"The Straits Times" memetik laporan Tabung Jamestown AS yang memfitnah China mengenakan pengaruh terhadap dewan perniagaan, pertubuhan budaya dan media bahasa Cina dengan tujuan mempengaruhi pandangan umum dan dasar kerajaan.

Sehubungan itu, jurucakap Kedutaan Besar China berkata, perkara yang disebut dalam laporan berkenaan diada-adakan untuk menghitamkan imej China. 

Katanya, keeratan persahabatan antara China dan Singapura boleh dilihat melalui kerjasama dan interaksi dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya. Keadaan ini hasil usaha bersama kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat. Hubungan kedua-dua negara mempunyai kelebihan semula jadi dari segi sejarah dan budaya, namun dijadikan alasan sesetengah pihak untuk melemparkan fitnah. Selain  menyerang China, perbuatan seumpama itu juga akan menjejaskan Singapura.   
 
张哲