Brunei Mahu Mampu Diri dengan Teknologi China

2019-07-22 13:24:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124780195_15637168353841n

Brunei mahu memupuk baka padi yang hasilnya banyak mengikut kesesuaian dengan persekitaran tempatan dan meningkatkan tahap mampu diri makanan dengan bantuan teknologi China.


Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan Negara Brunei, Dato Seri Setia Awang Haji Ali berkata demikian dalam temu bual dengan wartawan Agensi Berita Xinhua baru-baru ini.

Beliau menyatakan, dua langkah akan diambil untuk menambah pengeluaran bahan makanan, iaitu memupuk padi yang hasilnya banyak dan memperluas penanaman padi. Sehubungan itu, kerajaan sedang bekerjasama dengan syarikat teknologi tinggi LongPing China untuk memupuk padi yang lebih sesuai persekitaran Brunei.

Kerajaan Brunei menyasarkan mampu diri dalam bijirin pada kadar 10% menjelang 2020, dan meningkat kepada 20% selepas 500 hektar tanah diteroka untuk penanaman padi.

图片默认标题_fororder_1124780195_15637168354151n

曹捷