Perdana Menteri Thongloun Sisoulith baru-baru ini mengetuai delegasi untuk meninjau tapak pembinaan projek landasan kereta api China-Laos di Luang Brabang.
Beliau yang berpuas hati dengan perkembangan pada fasa ini, turut memuji projek yang dilaksanakan secara pantas dan berkualiti dengan pengurusan keselamatan yang baik.
Katanya, adalah amat penting stesen Luang Brabang disiapkan menurut jadual, kerana pembukaannya berkait rapat dengan operasi sepanjang landasan kereta api China-Laos.
Kerajaan tempatan akan melakukan segala usaha untuk menyokong kerja-kerja pembinaan. Syarikat Kereta Api Laos-China diharap dapat membangunkan projek yang berkualiti demi kesejahteraan rakyat.