Asia Tenggara Takkan Tertipu

2019-07-23 15:00:53  CRI
Share with:

Rakyat di negara-negara sekitar Laut China Selatan tidak akan tertipu dengan muslihat Amerika Syarikat (AS) dan kuasa luar lain yang berniat memecahbelahkan rantau berkenaan.

Pandangan ini disuarakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam taklimat media rutin di Beijing semalam.

Pada Sabtu lalu, jurucakap Jabatan Negara AS memetik kenyataan Setiausaha, Mike Pompeo yang mendakwa China mengganggu kegiatan penerokaan minyak dan gas asli di Laut China Selatan.

Penasihat Keselamatan Negara AS, John Bolton pula menuduh tindakan China memaksa jiran di Asia Tenggara mengikut telunjuknya telah mengancam keamanan dan kestabilan serantau.

Sehubungan itu, Geng Shuang berkata, China menggesa AS menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu, menghormati fakta, menghargai usaha China dan negara-negara ASEAN untuk merungkai masalah melalui dialog, di samping memainkan peranan positif bagi menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

高蕾