Kerjasama Pendidikan China, ASEAN Berprospek Cerah

2019-07-23 13:45:47  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1124784854_15637951818551n

Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN dirasmikan di daerah baharu Gui'an, provinsi Guizhou semalam.

Majlis perasmian dihadiri lebih 2,400 pegawai pendidikan, presiden universiti, pakar, sarjana dan pelajar dari China dan negara-negara ASEAN, serta tujuh negara tetamu undangan termasuk Rusia, Switzerland dan Kazakhstan.

Minggu bertemakan "mengintensifkan kerjasama pragmatik, berkongsi hasil pembangunan" menjanjikan 22 aktiviti di bawah 10 forum yang melibatkan kerjasama pendidikan tinggi, pendidikan vokasional, pendidikan prasekolah, inovasi dan keusahawanan universiti dan syarikat milik universiti serta pertukaran belia.

Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris dalam majlis perasmian berkata, beliau yakin minggu tersebut akan dilihat sebagai peluang untuk merancakkan kerjasama.

Turut diadakan serentak, pelancaran kem musim panas belia ASEAN dan penyampaian hadiah kepada pemenang Cabaran Inovasi dan Keusahawanan Ekonomi Digital Global GET. 

图片默认标题_fororder_1124784854_15637951818791n

曹捷