Dialog Presiden Universiti di Guizhou

2019-07-23 11:27:50  CRI
Share with:

Dialog Kerjasama Presiden Universiti China-Malaysia dirasmikan di provinsi Guizhou petang semalam, sempena Minggu Pertukaran Pendidikan China-ASEAN.

Acara tersebut anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sekretiariat Jawatankuasa Penganjur Minggu Pertukaran Pendidikan ASEAN-China.

Dialog bertujuan meneroka peluang dan masa depan kerjasama pendidikan tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Turut menjadi fokus, mekanisme pertukaran pengajar dan pelajar, serta perkongsian pengalaman dan kelebihan sumber.

Sebuah platform ditawarkan untuk membolehkan rangka kerjasama antara universiti diatur, yang sekali gus akan meningkatkan persefahaman dalam aspek pendidikan tinggi dan membantu mencari penyelesaian bagi masalah-masalah dihadapi bersama.

Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia, Prof. Dr. Rahmah binti Ahmad H.Osman antara tetamu yang hadir, selain pemimpin dari sembilan institut pendidikan tinggi Malaysia dan 10 institut pendidikan tinggi di provinsi Guizhou.

张宪