Delegasi XMU Lawat Universiti Filipina

2019-07-25 12:18:55  CRI
Share with:
 

图片默认标题_fororder_厦门大学“海丝青年”实践队师生一行

Delegasi seramai 12 pensyarah dan mahasiswa dari Universiti Xiamen (XMU) mengunjungi Sekolah Perniagaan dan Kolej Konfucius Universiti Filipina (UP) Selasa lalu.

Program interaksi anjuran Kolej Pengurusan XMU itu sebahagian pelan praktik sosial yang memfokuskan tinjauan iklim perniagaan di Filipina di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
 
图片默认标题_fororder_菲律宾大学和厦门大学的学生进行交流

Peluang kerja, penyelidikan akademik, dan pembangunan masa depan antara tumpuan perbincangan pensyarah dan mahasiswa dua institusi berkenaan. 

Presiden kampus Diliman UP, Michael Tan menyambut mesra kedatangan delegasi dari XMU. Katanya, BRI menggalakkan kerjasama lebih rapat antara Filipina dan China, yang telah pun sekian lama menjalin ikatan muhibah. Beliau berharap pelajar kedua-dua negara dapat saling belajar dan memupuk persahabatan kekal abadi.
 
图片默认标题_fororder_菲律宾大学迪利曼校区陈万杰校长(图左)致辞
Ketua delegasi XMU, Dai Ying pula mengucapkan terima kasih atas sokongan pihak UP terhadap aktiviti praktik kali ini. Beliau berharap pelajar XMU dapat mendekati masyarakat Filipina, serta mengkaji interaksi dan kerjasama dalam bidang pendidikan, budaya dan pelancongan dalam latar belakang BRI.
张宪