Lima Konsensus, Hasil Forum Media China-ASEAN

2019-07-25 14:48:55  CRI
Share with:

Forum Kemuncak Media China-ASESN berlangsung di Jakarta, Indonesia semalam, dengan tema "Era Digital: Perkukuh Kesalinghubungan Media, Cipta Masa Depan Lebih Indah".

Duta Besar China ke ASEAN, Huang Xilian pada majlis perasmian menyatakan hubungan dua hala sudah memasuki fasa baharu perkembangan komprehensif yang membuka prospek luas bagi kerjasama media. Para pengamal diharap dapat membuat sumbangan baharu demi perkongsian strategik yang bertaraf tinggi dan komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat. 

Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi pula berkata, China telah sekian lama menjadi salah satu rakan kongsi penting dan paling dinamik bagi ASEAN. Interaksi sosiobudaya antara batu asas bagi kejayaan hubungan dua hala.
 
Forum turut membuahkan konsensus dalam lima perkara.

Pertama, hubungan China-ASEAN telah memasuki fasa baharu perkembangan komprehensif daripada tempoh pembangunan pesat kepada tempoh lebih matang. 

Kedua, pihak-pihak terlibat sebulat suara bersetuju dengan peranan media selaku jejambat yang menggalakkan interaksi muhibah, merancakkan kerjasama pragmatik dan membolehkan semua hidup bersama secara harmoni.

Ketiga, China dan ASEAN hendaklah membimbing pembangunan media baharu, menentang berita palsu, serta memupuk persefahaman melalui penggunaan teknologi baharu.

Keempat, media perlu memegang teguh semangat kerjasama serantau, sambil menyokong multilateralisme dan globalisasi serta integrasi serantau supaya melindungi kemakmuran dan pembangunan Asia Pasifik bahkan seluruh dunia. 

Kelima, media perlu terus mengintensifkan interaksi budaya, menentang “teori konflik tamadun” dan mendorong persefahaman dalam kalangan rakyat.

张宪