Nanti Hasil daripada Kerjasama Asia Timur

2019-07-26 12:16:25  CRI
Share with:

China menanti-nantikan hasil lebih besar daripada kerjasama Asia Timur melalui usaha sama semua pihak terlibat, berlatarbelakangkan peluang dan cabaran yang wujud pada masa ini.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam satu taklimat media rutin di Beijing semalam.

Menteri Luar, Wang Yi dijadualkan menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar di Bangkok pada 30 Julai hingga 3 Ogos, di bawah mekanisme ASEAN-China, ASEAN-China, Korea Selatan dan Jepun, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Forum Serantau ASEAN (ARF).

Hua menyatakan siri mesyuarat tersebut akan menyediakan platform penting untuk dialog dan kerjasama rapat sesama negara. China bersedia bersama-sama semua pihak membulatkan konsensus, meningkatkan keyakinan, serta menjunjung multilateralisme, keterbukaan dan keinklusifan demi kemajuan lebih besar dalam kerjasama Asia Timur.

Kehadiran Wang Yi adalah atas undangan rakan sejawatnya, Don Pramuwidnai, disusuli agenda lawatan rasmi ke Thailand.

Hua berkata, lawatan itu bertepatan dengan penubuhan kerajaan baharu Thailand. Beliau akan menyampaikan isyarat bahawa China amat mementingkan persahabatan dengan Thailand dan akan membincangkan pendekatan bagi memperkukuh ikatan tersebut.

Wang Yi juga akan bertukar-tukar pandangan dengan Thailand, pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, tentang hubungan China-ASEAN dan kerjasama Asia Timur.

张宪