Hubungan China, ASEAN Dihargai

2019-07-26 12:02:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_dmmsz

Forum Kemuncak Media China-ASEAN pertama dirasmikan di Jakarta, Indonesia kelmarin.

Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi berkata perkongsian strategik China-ASEAN telah melakar pencapaian yang mengagumkan. Sempena ulang tahun ke-15 perkongsian berkenaan tahun lepas, kedua-dua pihak telah menandatangani Visi 2030 mengenai Perkongsian Strategik.

Kerjasama ekonomi menjadi fokus, bagi mewujudkan keuntungan dan kemakmuran bersama, di samping mengintensifkan pertukaran sosiobudaya.

Sempena Tahun Pertukaran Media tahun ini, China dan ASEAN akan giat memperkasakan kerjasama media dan sokongan rakyat terhadap hubungan bilateral.

高蕾