Forum Pengantarabangsaan RMB di Jakarta

2019-07-26 12:13:51  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_df806621-372f-4ed6-ae11-01cdbd04716a

 

Forum mengenai pengantarabangsaan renminbi (RMB) diadakan di Jakarta semalam, anjuran bersama cawangan Bank of China (BOC) dan Persatuan Dasar Luar Indonesia.

Lebih 300 tetamu termasuk pegawai kerajaan, usahawan, ketua syarikat dan wakil Dewan Perniagaan China di Indonesia hadir untuk membincangkan peranan RMB yang kian penting dalam urus niaga antarabangsa.



Presiden cawangan BOC, Zhang Chaoyang menyatakan kini genap 10 tahun sejak RMB diantarabangsakan dan digunakan untuk penyelesaian transaksi rentas sempadan. Pada 2018, jumlah penjelasan berkenaan melalui cawangannya mencatat RMB201.2 bilion (RM120 bilion), iaitu 63% pasaran Indonesia.

图片默认标题_fororder_%5c%5c172.100.100.3%5ctemp%5c9500033%5c1%5c9500033_1_1_9c1c2191-c232-4c11-a610-1702f6b5473a


Kaunselor ekonomi dan perniagaan Kedutaan China, Wang Liping pula berkata, kerjasama yang semakin rancak telah meletakkan China sebagai rakan dagang terbesar Indonesia selama lapan tahun berturut-turut, serta sumber pelaburan asing ketiga terbesar untuk tiga tahun.

Pengasas Komuniti Dasar Luar Indonesia (FPCI), Dr. Dino Patti Djalal memaklumkan, kemajuan besar telah dicapai khususnya dalam perdagangan, pelancongan dan pelaburan sejak Indonesia dan China mengikat perkongsian strategik komprehensif.

Walaupun dolar Amerika tetap mata wang yang paling lazim digunakan dalam pasaran perdagangan dan kewangan sejagat, namun pengaruh RMB terus meningkat. Katanya, Indonesia bersedia menggunakan RMB sebagai mata wang penjelasan semasa berdagang dengan China.

张宪